Bahasa
Melayu ialah
sejenis bahasa Melayu-Polinesia di
bawah keluarga bahasa Austronesia yang
telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia,
dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah
sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang
dijumpai di Sumatera Selatan .
Oleh itu,
bahasa Melayu sering dianggap oleh para cendekiawan sebagai berasal
dari
Sumatera Selatan.
Bahasa
Melayu ialah bahasa
kebangsaan Malaysia,
Indonesia, dan Brunei ,
serta juga salah satu bahasa rasmi di
Singapura.
Di Indonesia ,
bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia,
dan di
Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia.
Selain
daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh
penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina,Kemboja,
Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut
statistik penggunaan
bahasa di dunia ,
penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih
300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa
keempat dalam
turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepasbahasa mandarin , bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.
Selain itu, dilaporkan
sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka,
manakala di China,
terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa
Melayu
juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom,
Amerika Syarikat, Australia,
Belanda,
China, Jerman, New Zealand dan
beberapa tempat yang lain.
Bahasa
Melayu Piawai ialah
Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh
Indonesia, Malaysia,
dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu.
Di
Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada
awal 1970-an,
Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak
akhir-akhir ini, nama “Bahasa Melayu” digunakan semula.
Bermula tahun 2007,
bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepadaBahasa
Malaysia sebagai
simbol bahawa bahasa ini
adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa
Melayu
juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan
kesatuan bangsa
Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei,
Bahasa
Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa
Melayu mempunyai
banyak dialek dan setiap dialek mempunyai
perbezaan
ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa
atau
bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh
penutur bahasa
Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran
pendatang
Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan
dialek Hokkien.
Bahasa ini
dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka.
Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien
atau
Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif,
bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan
menambah
imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada
kata kerja.
Penggunaan
Bahasa Melayu di
negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968,
tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di
kalangan
masyarakat Cina dan India,
sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya
menjadi
bahasa perantaraan utama atau lingua
franca untuk
rakyatnya yang
berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan
penggunaan Bahasa Indonesia selain
Bahasa Belanda yang
tidak lagi digunakan. Di Timor Leste,
sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa
Indonesia
diterima sebagai “bahasa berkerja”. Di Singapura, Bahasa
Melayu dikekalkan
statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat
bahasa
rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan
Thailand,
bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu
Pattani(orang
Melayu Pattani),
tetapi tidak memperolehi
sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada
awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu
dijadikan
bahasa rasmi ASEAN memandangkan
lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.