Amalan
berjimat cermat dan menabung.
Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang
mulia dan seharusnya
dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan
keadaan
harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga
bahan bakar
di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar
tidak
menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang
sewajarnya perlu
diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan
masyarakat.
Antara langkah efektif yang telah diambil oleh
kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini
adalah
dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil
inisiatif bagi
memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan
Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk
menyedarkan
masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan
payung sebelum hujan.
Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka
menabung kepada anak-anak
sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan
sendiri di
rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan
menggunakan
simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu
bapa juga
boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti
Bank
Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur
buluh
biarlah dari rebungnya.
Institusi
perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan
hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan
yang
lebih gemilang.
Masyarakat juga hendaklah prihatin akan
peranan skim-skim saham amanah.
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu
Saham
Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh
itu,
masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur
dan
seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini
pasti
akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang
bahagia
mempunyai masa depan yang terjamin.
Sebelum membeli barangan, perancangan yang
teliti hendaklah dilakukan
terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan.
Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang
pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut
keperluan, bukan
mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut
dielakkan
kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna
akan
mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada
peribahasaberjimat
sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah
pasti akan melahirkan
masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan
yang
mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah,
seperti
kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah
untuk hari esok, namun bertindaklah
hari ini.
Oleh yang demikian,
pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat
menjadi
budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja
Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud
masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina,
mengejek,
menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli
yang
berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah
mencapai
satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak
seperti pihak
sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat
pada
setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak
kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu,
setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa
punca
yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.
Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama
yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli.
Mereka
sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain
dan
menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin
ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih
sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli
ini
berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap
materialistik
telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun
jagungdan berdarah
setampuk pinang ini mudah
terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya
merupakan
pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya
supaya
dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di
sekolah
juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang
ingin menjalankan
pembulian mereka terhadap pelajar lain.
Bak kata pepatah ‘tiada
penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat
pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan
membanteras
kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran dan
juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di
sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar
akan
menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan
pelajar juga
didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada
perbuatan
membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli
ini.
Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli
juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke
semasa
bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli.
Aktiviti
seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah
satu
inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa
memastikan
bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang
bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya
tidak
memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk
membuli
mangsanya.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya
menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini
kerana para
pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara
mencegah
masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan
para
pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada
rakan-rakan
yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai
memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh
dengan
perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka
pelajar
tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini
sama juga
jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di
sekolah.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu
dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para
pelajar yang
ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan
diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah
itu dapat
diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan
daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan
bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan
sesuka
hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli
akan
semakin bertambah dan berleluasa lagi.
Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki
melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan
masalah
yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya.
Pihak
sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut
agar dia
tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar
kepada
pelajar yang lain.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan
teladan
yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan
ibu bapa
mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah
sentiasa
betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan
anak-anak
sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan
sebagainya.
Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam
mengajar
anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam
kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil
perhatian
tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian
kasih sayang
yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan
diabaikan.
Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti
melentur buluh
biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan
masalah yang
dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian
negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia
dan
berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita
yang
ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat
Jenin
semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang
penting
dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa
Melayu ‘pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu,
semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha
menangani
masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang
penuh
dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat
melahirkan
generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat
bangsa
dipersada dunia.
Usaha Menggalakkan Kemajuan Pelancongan
Negara
Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia
oleh kerajaan
memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara
kita.
Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu
memantapkan
ekonomi negara kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita
boleh
dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di
Cameron
Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya.
Oleh itu
pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan
tersebut
sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan
ialah menambah
kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang
menarik di
negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang
lebih banyak
kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai
contohnya,
kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland
agar pusat
pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke
Malaysia juga
perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada
pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para
pelancong
akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.
Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat
penginapan
seperti hotel dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh
dilaksanakan
dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan
kadar
bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik
minat
pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri
Malaysia
memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional
tempatan
telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel
tersebut.Justeru,
sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlah
pelancong
asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping
menggalakkan kedatangan pelancong baru.
Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih
banyak promosi
untuk menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita.
Promosi
tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival
jualan
boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar
negara.
Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi
kebudayaan bagi
menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi.
Usaha
mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan
teknologi
maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan
di
negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong
memperoleh
maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti
pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan
semua
maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan
pelancong.
Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong
terutama
pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan
pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Petugas-
petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan
kebersihan
sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana bagi
membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai contohnya,
kemudahan
seperti bank, insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan
pelancongan. Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan
pelancong
untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
diminati.
Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut
dipikul oleh
rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus
diutamakan
oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan
melalui
sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang
dianggap
“duta pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra
dan menjauhi amalan
ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut
keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan
lembut
bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat
negara ini harus
mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini
dengan
lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan
manis di
sepanjang hidup mereka.
Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan
semakin sengit,
agensi-agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai
bidang
pelancongan baru. Konsep pelancongan perlu diperluaskan dengan
memperkenalkan
pelbagai jenis pelancongan seperti “ekopelancongan”,
pelancongan alam sekitar,
pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini
sesuai
dengan pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Jika
pelancongan versi baru
ini tidak dicuba di negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi
yang dapat
diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. Pada masa yang sama,
pelbagai
aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan
antarabangsa
seperti Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik
jumlah
pelancong berkunjung ke Malaysia.
Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya”, jika
usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat
untuk
melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia
menjadi
nyata? Segala tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan
dan
kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa
bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi
sebutan dan
tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan
minda
mereka.
.