Biodata diri

Mohd Rahimi bin
Abdul Manaf merupakan salah seorang
penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Ijazah
Sarjana
Muda Pendidikan Bahasa Melayu. Beliau sedang mengikuti Pengajiannya di
tahun
akhir sekarang ini iaitu semester 6 dalam tahun ketiga. Sepanjang
tempoh pengajian
Beliau di UPSI, Beliau banyak terlibat dengan program-program yang
dianjurkan
oleh pihak universiti. Beliau juga banyak menyandang jawatan-jawatan
penting
sepanjang kariernya di UPSI dan antara jawatan-jawatan penting yang
pernah
disandang olehnya seperti Ketua Blok 2 Kolej Kediaman Harun
Aminurrashid,
Pengerusi kepada beberapa program dan tidak kurang juga turut terlibat
dengan
banyak program-program sampingan yang lain yang dianjurkan oleh pihak
kolej
kediaman. Mohd Rahimi juga turut
menerima beberapa anugerah penting sepanjang penglibatannya dalam
bidang
pengurusan seperti anugerah rexco terbaik dan beberapa anugerah lain
lagi.
Meneliti sejarah
hidupnya pula, Mohd Rahimi telah dilahirkan di Kampung Nering 16800
Pasir
Puteh Kelantan. Mohd Rahimi dilahirkan
pada 1 November 1988 di kampung Nering Pasir Puteh Kelantan. Mohd Rahimi merupakan putera sulung kepada
Bonda dan Ayandanya iaitu Zainiah Bt Dollah dan Abdul Manaf Bin
Abdullah. Mohd
Rahimi juga turut mempunyai tiga orang kakak dan lima orang adik.
Beliau telah
menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Raja.
Menyambung pendidikannya di peringkat menengah pula, Beliau telah
mendapat
pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh
Kelantan.
Mohd Rahimi telah dibesarkan di kawasan tempat
lahirnya pejuang Tanah Air Melayu iaitu
Tok Janggut. Mungkin
kerana itu jugalah darah dan semangat pejuang yang mengalir dalam
dirinya
menyebabkan Mohd Rahimi turut mempunyai semangat juang yang tinggi
dalam
memperjuangkan Bahasa Melayu di bumi tercinta ini.